"Di mana Anda dapat merasakan rasanya terbang? Pergi ke masa lalu? Pergi ke suatu tempat yang sangat indah? Atau bertemu dengan idola Anda? Semua boleh terjadi di dalam mimpi. Anda akan merasakan perasaan yang sangat nyata kala bermimpi. Mengapa kita bermimpi? Apa yang terjadi saat bermimpi?"Dalam jangka waktu tidur 8 jam, kebiasaanya seseorang mengalami mimpi selama 100 minit. Kebanyakan dari mimpi yang terjadi tidak diingat. Hanya sekitar 95% mimpi yang tidak diingat. Mimpi terjadi pada saat tidur REM (Rapid Eye Movement) dari suatu siklus tidur. Sedangkan mimpi yang kita ingat biasanya mimpi yang terjadi beberapa saat sebelum bangun dari tidur.
Penyebab
kita mengalami mimpi adalah otak. Kerana ia merupakan pusat dari
aktiviti, otak selalu mendapat pesan dari panca indera dan mengatur kegiatan
apa yang akan dilakukan pada waktu tidak tidur.
ketika
anda tidur, panca indera dari tubuh anda tidak bekerja, tetapi otak tetap
bekerja, bahkan otak akan lebih aktif saat kita bermimpi daripada saat kita
terbangun dan beraktiviti. Oleh kerana itu, otak dapat menciptakan gambaran-gambaran
berupa imaginasi tanpa ada peranan panca indera. Ketika bermimpi, otot-otot
dalam keadaan tidak aktif.
Mimpi menurut islam: Tidak
semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya
mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi
insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah
tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan
yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.(Imam
Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam)