Monday, 14 May 2012

peNganGkuTan ModeN,,,



Hai kawan-kawan ku,,,
Kali ni saya kongsi pasal pengangkutan atau kenderaan moden sekarang,, macam-macam jenis pengangkutan kita ada sekarang, contohnya, darat, udara, dan air,,ke ada lagi yang saya tak sebut lagi,,huhu.


Kita semua sangat perlukan pengangkutan untuk kita bergerak dan berhubung ke satu tempat ke tempat yang lain,, banyak faedah yang kita dapat dengan adanya pengangkutan ni,, contoh, jimat masa,, tulah yang pentingkan,, tapi kalau kita tengok sekarang, kebanyakkan orang gunakan pengangkiutan bukan untuk memudahkan pergerakkan je,, tapi untuk menunjuk pun ada,,betul,,??hehehe.

Lagi-lagi zaman moden sekarang ni,, lagi la macam-macam pengangkutan ada kat atas jalan tu,,antara pengangkutannya, ialah monorel, komuter, kapal selam, kapal terbang, dan banyak lagi la,,dengan adanya pengangkutan yang makin moden ni, so,, makin mudah dan cepat la kita sampai kat satu destinasi tu kan,,???


Untuk elakkan kesesakan lalu lintas jalan raya,, pengankutan untuk zaman moden ni diorang reka untuk yang buka digunakan atas jalan raya pulak,,macam monorel, komuter tu la kan,, dengan gunakn pengankutan moden jugak kita boleh bawak barang dalam kuantiti yang banyak,, contohnya kapal laut.

Bukan tu je,, malah pengangkutan moden ni jugak telah tingkat industry pelancongan negara tau,, bagi pelancong yang baru dating,,diorang tak ada masalah pengangkutan untuk ke destinasi pelancongan kat sini,,


Kesimpulannya, terbukti yang pengangkutan moden bukan je bantu orang untuk bergerak,, malah turut bantu ekonomi Negara jugak kan,, jadi,, kita sebagai rakyat Malaysia mesti menyokong usahan untuk memajukan pengangkutan moden egara kita,,

Sunday, 13 May 2012

tEknoLogI PeruBataN makiN PesaT,,

                                                                                                                                                                                                                                                                
Baru-baru ni kawan saya ada cerita pasal teknologi perubatan kat negara kita yang da semakin canggih sekarang,, bagi sapa-sapa yang tak berapa mengikuti teknologi perubatan kat Negara kita sendiri macam saya ni,,jom la baca blog saya ni kalau nak tau lebih lanjut lagi,,huhu

Kalau dulu, orang biasanya guna kaedah rawatan tradisional atau Islam je untuk ubatkan pesakit. Tapi sekarang bila teknologi da berkembang maju, bidang perubatan pun berubah,, kalau kita perhatikan betul-betul teknologi perubatan yang da semakin canggih ni banyak membantu para doctor dalam beri rawatan kepada pesakit. Bahkan bukan dapat bantu doktor je malah pesakit jugak, yang mana diorang siap boleh buat pilihan lagi nak guna kaedah yang mana satu,, bagus kan,,??? 


Bukan tu je, malah da ramai pesakit yang dapat sinar baru untuk terus hidup dengan gunakan teknologi baru ni. Teknologi moden ni  da bagi banyak sangat manfaat kepada pengguna tau,,tapi pandai-pandai kita la nak gunakan macam mana.
Kalau kita tengok dari bidang perubatan sendiri da banyak digunakan untuk mengubati pesakit. Dalam bidang perubatan, teknologi da banyak beri rawatan yang efektif dan cekap kepada pesakit. Contoh yang paling dekat ialah, sekarang kita menghadapi ramai pesakit kanser, tapi jangan risau sebab ramai pesakit kanser gunakan kaedah rawatan kimoterapi dan mereka sembuh. Ini adalah salah satu teknologi moden yang digunakan untuk rawat pesakit.


Bukan senang nak bina satu teknologi dalam perubatan ni,, mereka kena adakan penyelidikan satu demi satu untuk pastikan dapat penuhi keperluan semasa, dan yang penting tak mengancam nyawa pesakit. Itulah yang sangat di titik beratkan dalam perubatan, selain nak cungkil rahsia bagi sesuatu penyakit untuk mereka cari penawar nanti.

Untuk pengetahuan korang semua, teknologi radiologi adalah antara kemajuan teknologi yang banyak membantu dalam bidang perubatan ni,, korang tau tak pe radiologi tu,,??? Hehehe.. mesti tau kan,, selain tu jugak, kita ada sinar x dan radiografi,,yang mana kita boleh nampak apa yang ada dalam badan kita sendiri tau. selain tu jugak, kita ada MRI atau magnetic resonances Imaging, Computer Tomography, mata bionik, dan macam-macam lagi la.

Sepatutnya kita kena bangga sebab kita ada alat-alat yang canggih ni kat negara kita yang boleh tolong bagi sinar harapan kat pesaki-pesakit kat luar sana tu. Tambahan lagi sekarang teknologi semakin maju dan memberangsangkan da banyak ubah gaya hidup kita. Makin berkembang teknologi, makin berkembang jugaklah penyakit sekarang kat seluruh negara pun, keadaan ni berlaku bila orang sekarang da tak tumpukan dekat kesihatan diorang, tapi lebih kepada nak hidup senang je.


Kesimpulannya, kebanyakkan penyakit masa kini da banyak penawar, walaupu kita tau ada segelintir penyakit yang masih tak boleh nak diubati. Teknologi di bidang perubatan yang da banyak alami revolusi dan transformasi ni bukan je bagi banyak kebaikan kepada pesakit je,, malah kepada ekonomi negara kita jugak tau. Tapi kena ingat jugak, walaupun kita da ada teknologi perubatan yang canggih, tapi penjagaan kesihatan oleh semua orang adalah yang sangat penting bagi menjamin kehidupan yang lebih baik akan datang.





gEmpaK GiLa laH,,hahaha



 lukisan 3D atau 3 dimensi,,, pernah dengar,,???

ha ! apa yang saya nak kongsikan pada hari ni,,mesti ramai yang tak tahu lagi,,bukan tu je,,mungkin akan ada orang yang cakap gila betul la,, takde keje lain ke,,hahaha,,

saya tau pasal lukisan 3D ni pun daripada sorang kawan,,mula-mula saya tak percaya jugak bila tengok gambar ni,, Adoi,,ada jugak orang nak buat macam ni kan,..??

kita boleh tengok lukisan macam ni banyak dilukis kat luar negara,, mungkin kat dalam negara belum lagi kot,,cubalah buat,,mesti ada orang yang akan buat jugak.huhuhu,,


lukisan jalanan ni jugak dikenali dengan 'street painting', nampak macam hidupkan,,??hahaha,, saya ada tengok satu gambar ni,,ada ke patut pelukis tu lukis gambar lubang dalam lif,,?? semua orang yang nak naik lif tu bila nampak lubang je tak jadi masuk,,adoi,, lawak betul,,hahaha.









ha ! macam ni la,,hahaha


macam-macam jenis lukisan 3 dimensi ni, seram, ngeri, hantu, pelik, misteri, dan banyka lagi la,,, korang boleh cari sendiri kat internet,,











 sapa-sapa yang memang minat untuk melukis,, korang bolehlah cuba untuk lukis 3 dimensi macam ni,, 

saya percaya mereka yang lukis ni bukan je boleh dapat luahkan apa yang mereka nak lukis,,bahkan diorang jugak boleh menjana pendapatan korang jugak.


jaLan-JalaN cARi baNgunAn TeRtingGi kAt DuNia,,


Hai kawan-kawan,, korang tau tak apa bangunan yang tertinggi di dunia,,?? Ha ! tak tau la tu,,hehehe.
untuk kali ni saya nak kongsi dengan korang tentang bangunan paling tinggi di dunia,, nak tau baca la blog saya,,huhuhu.
Kalau kita perasan, dalam dunia baru sekarang semua negara berlumba-lumba untuk membina bangunan atau pencakar langit yang paling tinggi dunia, termasuklah negara kita sendiri. Mungkin sebab diorang nak tunjukkan yang negara diorang maju daripada negara lain.
Sekarang saya nak kongsi dengan korang semua 10 bangunan tertinggi kat dunia. Kita mula dengan nombor 10 dulu ok,,huhuhu,, 

10) Empire State Building, korang nak tau de orang panggil bangunan ni ‘si king kong’ bangunan ni ada 102 lantai dan tingginya 381 meter, bangunan ni terletak kat  New York. Bangunan ni dapat nama daripada New York- The Empire State, sekarang bangunan ni adalah pencakar langit yang ketiga tertinggi kat Amerika Syarikat lepas Tower Willis dan Trump International Hotel dan Tower kat Chicago, dan tertinggi 15 di dunia.
9) ha !,, tempat ke-9 jatuh kepada,,,,,hahaha,,mestilah Two International Finance Centre. Sapa-sapa nak tengok bangunan ni boleh la pergi Hong Kong, nama pun finance centre kan, so,, mestilah bangunan ni jadi pusat kewangan dan komersial terpadu kat Hong Kong,,fulamak !!! power kan,,huhuhu.



8) sekarang kita berada di Shanghai ye kawan-kawan untuk tengok bangunan yang tinggi kat sini,,,hehehe,, namanya Jin Mo Tower , dalam bangunan ni ada banyak syarikat-syarikat dan hotel Shanghai Grand Hyatt tau. Pernah pergi,,???hihihi,,nak tau apa yang canggih sangat kat bangunan ni,,??ha,,bangunan ni dibuat dengan guna system rekayasa iaitu teknik struktur yang canggih yang boleh tahan angin taufan dan gempa bumi sampai 7 skala richter tau.
7) hahaha,,sekarang kita jalan-jalan kat Guangzhou pulak ye,,hehe,, bangunan yang tinggi kat sini namanya Guangzhou International Finance Centre iaitu  440 meter, Wilkinson Eyre yang reka bangunan ni tau.



6) dulu nama banguna ni ialah, Sears Tower tapi sekarang da tukar jadi Willis Tower kat Chicago. Ketinggiannya ialah 442 meter dan jadi gedung tertinggi kat Amerika Syarikat.













5) “welcome to Malaysia”,,,hehehe,, sapa yang tak kenal menara ni baik korang pindah duduk Negara lain la. Lambang kemegahan kita sebagai rakyat Malaysia Petronas Tower atau lebih dikenali sebagai Menara Kembar Petronas atau KLCC. Ketinggian bangunan ni adalah 452 meter dengan 88 lantai. Ia merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia.

4) Taiwan 101 atau pernah jugak dipanggil Taipei World Financial Centre. Nak tau kenapa dipanggil Taipei 101,,?? Sebab dalam banguna ni ada 101 lantai,,hehe,,

3) dengan ketinggian 484 meter dan 118 lantai bangunan ni diberi nama International Commerce Centre kat Hong Kong. Bangunan ni siap pada tahun 2010,,baru lagi kan,,bangunan ni jugak adalah gedung pencakar langit tertinggi kat dunia.

2) ketinggian Shanghai World Financial Centre kat Shanghai adalah 492 meter,,,fuh !! tinggi betul,,boleh lenguh leher kalau nak tengok ketinggiannya,,hahahaha,, dalam bangunan ni ada syarikat, hotel, ruang, konferentasi, observasi dan pusat perbelanjaan,,jemput la dating,,hehehe.

1) tibalah saat yang ditunggu-tunggu,,sekarang saya nak tunjuk bangunan yang tertinggi di dunia. Jeng jeng jeng,,hahaha,, Burj Khalifa kat Dubai. Kalau korang nak tau, na Burj Khalifah tu sebenarnya nama arab, dan bahasa melayu ialah ‘Menara Khalifa’. Banguna ni siap dibina pada 2010, dan yang penting ada lif tercepat dengan kepantasan 60 km/ jam. Ha ! tak caya kan,,???tapi kena percaya jugak..

Kesimpulannya, inilah yang berlaku dalam dunia baru sekarang,,kita tak boleh tertinggal walau sedetik pun tentang maklumat-maklumat yang berlaku kat dunia ni,,






Di eRa GlobAlisaSi,,,,

Biasanya kita akan kaitkan globalisasi dengan perkembangan teknologi komunikasi, maklumat, atau kenderaan. Tapi kita semua tak tahu yang sebenarnya globalisasi ni dah bawak banyak perubahan terhadap perilaku dalam kehidupan masyarakat di sekeliling kita dalam macam-macam hal,,,

Contohnya, gaya hidup, komunikasi, perjalanan, makanan jugak, pakaian, dan banyak lagi la,,,, anda perasaan,,???mungkin ada dikalangan kita yang tak perasaan,, yela buat apa nak sibuk dengan hal orang lain kan,,???huhuhu.

Era globalisasi ni banyak pengaruh kita dalam kehidupan kita seharian, tak kisah sama ada positif atau negatif,,, kalau kita yang negatifnya, mereka lebih banyak suka tengok tv berbanding dengan keluar rumah untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling. Dan contoh yang positif, kita boleh tengok sekarang orang ramai sedang berkejar-kejar untuk jadi yang terbaik dan kaya,, bagi mereka masa tu macam duit, kena sentiasa cepat dan pantas untuk bersaing dengan orang lain.

wah !kalau la orang nampak masa tu duit,,mesti diorang sanggup tak tidur kan,,???hihihi.

Kalau dari pengankutan pulak,,sekarang tak jadi masalah lagi untuk  kita semua nak pergi tempat jauh,, sebab pelbagai pengankutan ada yang kita boleh pilih je nak guna yang mana,, kat udara,,?? Dalam air,,?? Atas air,,??? Atas jalan,,?? Pilih je,,,tapi dalam kita sedar atau tak, pengangkutan di era globalisasi ni telah menyumbangkan kesesakkan lalu lintas, sebab semua orang nak guna kenderaan masing-masing,, bukan tu je,, malah sebabkan jugak pencemaran udara tau. Tong la kongsi kenderaan kalau nak pergi destinasi yang sama tu, kan jimat minyak jugak,,betul,,??hehehehe. 

amboi,, penuh betul tempat letak kereta ni,,, huhuhu

Bila sebut je era globalisasi memang tak sah kalau kita tak kaitkan dengan komunikasi,, sebab komunikasi ni sangat penting untuk kita dan ia berlaku setiap saat dalam kehidupan seharian kita sendiri. Dan komunikasi biasa kita akan kaitkan dengan penggunaan telefon bimbit, yang mana saya yakin semua orang ada telefon bimbit,,, tak kisah la canggih atau tak canggih. Sebab tujuan diorang untuk satu je berkomunikasi dengan orang lain, tanpa perlu jumpa orang tu secara berdepan,, confirm memang jimatkan masa dan tenaga kita,,betul,,,???hihihi.

Bukan tu je,,,pakaian juga ada globalisasinya,, biasa kita sebut fesyen,, huhuhu,, yang sekarang kita paling nampak adalah fesyen tudung bagi kaum wanita la,,, bak kata orang “macam-macam ada”,,,huhuhu,, ada tudung yang boleh pakai sarung je,, ada jugak yang kena belit-belit,,jangan terbelit da la,,hahaha,, dan macam-macam lagi la,,,
 
contoh fesyen tudung yang jadi ikutan remaja sekarang,,

Ha ! yang ni mesti korang suka,,hihihi,,globalisasi makanan,,,,hahahaha,,suka tak,,???suka kan,,??? Hihihi,, nak tau makanan apa yang globalisasi sangat,,?? Contohnya, Mc Donald, pizza Hut, Spagetti, KFC, dan banyak lagi la,, alamak ! lapar la pulak,,hehehe,,

wah ! sedapnya,,,,huhuhu.

Sebagai kesimpulannya, sebenarnya globalisasi ni sangat memberi  kesan kepada kita, tak kisah baik atau buruk,,semua tu bergantung kat diri kita sendiri. Kita kena pandai-pandai la dalam tangani semua faktor di era globalisasi ni,,jangan dengan kita sekali terglobalisasi sudah,,hahahaha,,

Tuesday, 8 May 2012

iNterNet di hUJunG JArI anDa,,huhu

Sebut je pasal internet dan komputer, mesti semua orang tau, tak kisah la sama ada diorang ada komputer atau pun tak. Malah, bukan orang dewasa je yang tau pasal internet ni, budak-budak yang masih sekolah pun tau apa tu komputer dan internet. Ini menunjukkan yang dunia internet semakin hari semakin berkembang pesat, sebenarnya kita banyak bergantung dengan internet dala kehodupan seharian kita tanpa kita sedari.

Peranan internet pada masa kini kalau kita nak cerita memang sangat banyak, antara peranan utamanya adalah, mestilah untuk cari dan dapatkan maklumat kan,,??? tekan je google atau yahoo macam-macam perkara yang kita nak cari akan keluar. Cuma taip kata kuncinya saja,kita da dapat apa yang kita nak. Senang kan,,??? Bukan tu je, malah ia sangat menjimatkan masa untuk kita dapatkan suatu maklumat tu. Untuk pengetahuan korang, google dan yahoo adalah enjin carian terbesar dan digunakan oleh semua orang di seluruh dunia untuk dapatkan maklumat yang terkini.

Selain untuk dapatkan maklumat kita jugak boleh berhubung dengan kawan-kawan dengan guna internert je. Kalau dulu kita kena guna surat yang tak tahu sampai kepada pihak satu lagi tu bila, entah-entah tak sampai pun,, hahaha,,, tapi sekarang tak perlu da guna surat-surat ni, kita boleh guna e-mel je untuk kawan-kawan yang tinggal jauh daripada kita. Betapa besarnya pengaruh internet pada kita masa kini sampai kita boleh guna internet dan ianya jugak cepat dan pantas untuk tanya khabar orang yang duduk jauh hanya dengan mengadap komputer dan melayari internet je.

contoh yahoo mail bagi sapa-sapa yang tak pernah tengok,,huhuhu

Internet nu jugak bukan je untuk dapatkan maklumat, tapi kita jugak boleh sampaikan maklumat tau. Yelah,, kalau dah semua nak dapatkan maklumat tapi takde sape yang nak sampaikan macam mane nak dapatkan.. hihihi,, banyak cara kita boleh gunakan untuk kita sampaikan maklumat, sama ada guna laman web ataupun blog yang macam saya tengah buat ni,,hahaha,,,
 Selain tu jagak, kita boleh berforum dalam guna internet ni,, contonya dalam facebook, friendster, myspace dan banyak lagi la,, dengan forum ni dapat banyak maklumat dan boleh bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain.

Internet ni jugak adalah satu medium yang digunakan oleh kebanyakkan orang untuk bersosial dan berhubung dengan kawan-kawan.  Dengan berchatting, kita akan rasa dekat seseorang tu walaupun hakikatnya kawan kita tu jauh. Tapi perlu diingat bahawa kesan baik dan buruk dari penggunaan internet ni adalah terletak pada pengguna tu sendiri.

Banyak lagi fungsi dan peranan internet dalam kehidupan seharian kita,,  walaupun kita banyak dengar pasal keburukan internet, tapi kita tak boleh buang terus internet dari kehidupan kita pada hari ni. Sebab masa kini kita amat atau sangat bergantung kepada internet untuk dapatkan sesuatu maklumat. Kita hendaklah pandai untuk memanfaatkan internet pada diri kita sendiri,, segalanya terpulang kepada kita sendiri bagaimana kita nak guna internet, sebab terlalu banyak manfaat yang kita vboleh dapat kalau kita pandai menggunakannya.





bOleh kE kiTa hIduP TAnPa TeleFoN biMbiT,,???

kalau anda lihat pada masa kini, telefon bimbit da jadi satu benda yang susah nak dipisahkan dan da jadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Kalau dulu bukan semua orang berkemampuan untuk ada telefon bimbit ni, tapi sekarang sebaliknya pulak yang terjadi, iaitu sangat jarang kita nak tengok orang yang tak de telefon bimbit dan sama ada kita sedar tau tak, telefon bimbit ni dah jadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita sekarang.

kalau dulu, hanya orang-orang tertentu je yang de telefon bimbit ni, sebab harganya mahal dan diorang tak mampu nak beli, tapi sekarang pelajar sekolah pun boleh beli telefon bimbit. Ni tunjukkan betapa murahnya harga telefon bimbit pada masa kini.
 
Nokia3310,,ni la telefon bimbit yang pernah jadi pujaan ramai setiap orang satu masa dulu,,,huhuhu

Tapi sekarang,,,

tak men da button-button ni,,sume da touch screen je,,canggihkan,,???

kalau kita tanya orang ramai, bolehkah kita hidup tanpa telefon bimbit? Mungkin diorang akan anggap ni soalan yang tak masuk akal kan, bukan tu je, mungkin jugak de yang fikir kita ni gila ke nak hidup tanpa telefon bimbit. Nampak,,??? ni pun da tunjukkan betapa penting telefon bimbit kepada orang ramai masa kini.

Sebenarnya, tuntutan-tuntutan kehidupan yang mencabar masa kini yang buat telefon bimbit tu jadi makin penting sekarang. Kalau kita tengok, tujuan utama orang guna telefon bimbit ni adalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain, tak kisahlah sama ada untuk dihubungi atau menghubungi. Banyak cara kita boleh kita guna dengan telefon bimbit ni untuk berkomunikasi, contohnya, dalam bentuk suara, pesanan ringkas (SMS) yang orang ramai guna sekarang, pesanan multimedia (MMS), atau panggilan video atau e-mel yang dah jadi cara kita masa kini.

antara telefon bimbit yang terbaru jenama sony ericson,,cantikkan,,???huhuhu,,

Diorang bukan je guna telefon bimbit ni untuk berhubung antara satu sama lain, tapi ada jugak yang layari internet guna telefon je. bahkan ada orang yang guna telefon ni untuk rancang aktiviti seharian diorang, contohnya, gunakan kalender dan penggera untuk ingatkan benda-benda penting, selain tu, diorang jugak guna untuk rakam video dan ambil gambar. Malah boleh jugak dengar jugak siaran radio atau tv guna telefon. Nah ! ni pun da cukup untuk tunjukkan yang betapa pentingnya telefon bimbit sekarang ni.

Tapi perlu diingat pada semua orang yang gunakanlah teknologi yang sedia ada ni denga sebaiknya, jangan gunakan untuk tujuan lain atau yang tak elok. Dan dalam kita ghairah guna teknologi ni, jangan sampai teknologi mengawal kita, biarlah kita yang mengawal teknologi sekarang yang da makin canggih ni.

Sebagai seorang Muslim, kita mesti gunakan teknologi ikut garis panduan yang da ditentukan oleh Islam. biarkan teknologi jadi suatu yang memudahkan kita, bukab benda yang mengongkong kita, dan jangan terlalu obses dengan teknologi masa kini sampai boleh rosakkan kehidupan seharian kita..




gaDgEt oh GadgEt,,,,


Gadget ,,?? Pe tu,,??tipu lah korang tak tau,,hahaha

Ha !,,gadget ni ialah alat kecil macam  mesin yang ada fungsi-fungsi dia yang tertentu dan unik, serta  selalu dianggap sebagai baru..walaupun sebenarnya cuma ubah sikit je,,
Sebenarnya, "Gadget" ni lebih kepada program komputer yang sediakan macam-macam perkhidmatan dan kita tak perlu nak buat permohonan kalau nak guna, sebab kita memang boleh guna bila-bila masa je,, best kan,,???hehehe,,

Kalau kita tengok sekarang dah banyak sangat gadget, malah makin canggih pulak tu dari hari ke hari, sampai ada yang tak tau nak guna dah, sebab terlampau canggih sangat. Contohnya, macam i-phone, ipods, galaxy tabs, blackberry, smart phone, notebook, laptop, kamera dan banyak lagi la,, tak cukup pulak nak senaraikan semua kat sini,,huhuhu

Saya percaya semua orang ada gadget sendiri. Dan ada yang sanggup berhabis sampai berpuluh-puluh ribu ringgit sebab nak puaskan hati dengan gadget ni,,
Ha,, ni la contoh galaxy tabs. Canggih kan,,?? Besar pulak tu,,

Kalau kita perasaan gadget ni adalah satu benda yang  bagi  banyak kemudahan kat kita. Dengan adanya gadget,banyak kebaikan yang kita boleh dapat sebab ia banyak bantu kita buat kerja dengan cepat. Dan kita boleh jimat masa. 

Dah macam satu kewajipan pulak sekarang yang semua orang ada gadget, contohnya telefon umpamanya gadget ni macam berada di hujung jari kita je. Ceh !,,macam internet pulak,,hihihi,,tapi  boleh dikatakan sekarang gadget ni yang banyak tentukan  hidup kita arini tau,,, 
Contoh notebook,,,boleh pusing-pusing lagi screennya,,hihihi,,senang nak di bawa ke mana-mana je,,

kalau anada perasan la kan, sebenarnya, peralatan modenatau gadget ni banyak mengubah dunia, bukan dunia je tapi manusia sekali tau, kalau kita tanya  tak ada siapa pun yang nak balik ke zaman tak ada televisyenmesin basuh dan sudah tentu la tak ada orang yang balik masa zaman tak ada  telefon bimbit.,, semua tak nak kan,,elok-elok da senang nak susah balik pulak,,

Kita sendiri dah nampak betapa penting gadget sekarang,,kadang-kadang orang akan anggap yang sape ade gadget ni, dia akan nampak cool,, betul ke,???yekot,,hehe.

contoh MP3 sekarang,,

kalau kita tengok sekarang ni jugak, kita boleh dapatkan maklumat dan berhubung melalui gadget je,,. Tak perlu dah nak pergi mana-mana,,  contohnya telefon, dan laptop. Malah ada jugak antara kita yang berani letak maklumat peribadi kat dalam gadget,,, kalau hilang memang bahaya..bukan gadget tu yang bahaya,,tapi maklumat korang tu,,hahaha

Dalam banyak-banyak kebaikan, mesti ada keburukan jugak, contohnya kita jadi malas dan terlampau bergantung kepada gadget, macam saya cakap tadi, takde orang pon yang nak kembali ke zaman takdenya telefon, laptop, dan lain-lain. 

Kesimpulannya, kita boleh gunakan gadget , tapi kena berpada-pada la, dan jangan terlampau bergantung sangat kat gadget ni, yang penting jangan salah gunakan teknologi yang dah semakin canggih sekarang ni.,,untuk kebaikan kita jugak kan,,hihi,,