Tuesday, 8 May 2012

bOleh kE kiTa hIduP TAnPa TeleFoN biMbiT,,???

kalau anda lihat pada masa kini, telefon bimbit da jadi satu benda yang susah nak dipisahkan dan da jadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Kalau dulu bukan semua orang berkemampuan untuk ada telefon bimbit ni, tapi sekarang sebaliknya pulak yang terjadi, iaitu sangat jarang kita nak tengok orang yang tak de telefon bimbit dan sama ada kita sedar tau tak, telefon bimbit ni dah jadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita sekarang.

kalau dulu, hanya orang-orang tertentu je yang de telefon bimbit ni, sebab harganya mahal dan diorang tak mampu nak beli, tapi sekarang pelajar sekolah pun boleh beli telefon bimbit. Ni tunjukkan betapa murahnya harga telefon bimbit pada masa kini.
 
Nokia3310,,ni la telefon bimbit yang pernah jadi pujaan ramai setiap orang satu masa dulu,,,huhuhu

Tapi sekarang,,,

tak men da button-button ni,,sume da touch screen je,,canggihkan,,???

kalau kita tanya orang ramai, bolehkah kita hidup tanpa telefon bimbit? Mungkin diorang akan anggap ni soalan yang tak masuk akal kan, bukan tu je, mungkin jugak de yang fikir kita ni gila ke nak hidup tanpa telefon bimbit. Nampak,,??? ni pun da tunjukkan betapa penting telefon bimbit kepada orang ramai masa kini.

Sebenarnya, tuntutan-tuntutan kehidupan yang mencabar masa kini yang buat telefon bimbit tu jadi makin penting sekarang. Kalau kita tengok, tujuan utama orang guna telefon bimbit ni adalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain, tak kisahlah sama ada untuk dihubungi atau menghubungi. Banyak cara kita boleh kita guna dengan telefon bimbit ni untuk berkomunikasi, contohnya, dalam bentuk suara, pesanan ringkas (SMS) yang orang ramai guna sekarang, pesanan multimedia (MMS), atau panggilan video atau e-mel yang dah jadi cara kita masa kini.

antara telefon bimbit yang terbaru jenama sony ericson,,cantikkan,,???huhuhu,,

Diorang bukan je guna telefon bimbit ni untuk berhubung antara satu sama lain, tapi ada jugak yang layari internet guna telefon je. bahkan ada orang yang guna telefon ni untuk rancang aktiviti seharian diorang, contohnya, gunakan kalender dan penggera untuk ingatkan benda-benda penting, selain tu, diorang jugak guna untuk rakam video dan ambil gambar. Malah boleh jugak dengar jugak siaran radio atau tv guna telefon. Nah ! ni pun da cukup untuk tunjukkan yang betapa pentingnya telefon bimbit sekarang ni.

Tapi perlu diingat pada semua orang yang gunakanlah teknologi yang sedia ada ni denga sebaiknya, jangan gunakan untuk tujuan lain atau yang tak elok. Dan dalam kita ghairah guna teknologi ni, jangan sampai teknologi mengawal kita, biarlah kita yang mengawal teknologi sekarang yang da makin canggih ni.

Sebagai seorang Muslim, kita mesti gunakan teknologi ikut garis panduan yang da ditentukan oleh Islam. biarkan teknologi jadi suatu yang memudahkan kita, bukab benda yang mengongkong kita, dan jangan terlalu obses dengan teknologi masa kini sampai boleh rosakkan kehidupan seharian kita..




1 comment: