Tuesday 8 May 2012

iNterNet di hUJunG JArI anDa,,huhu

Sebut je pasal internet dan komputer, mesti semua orang tau, tak kisah la sama ada diorang ada komputer atau pun tak. Malah, bukan orang dewasa je yang tau pasal internet ni, budak-budak yang masih sekolah pun tau apa tu komputer dan internet. Ini menunjukkan yang dunia internet semakin hari semakin berkembang pesat, sebenarnya kita banyak bergantung dengan internet dala kehodupan seharian kita tanpa kita sedari.

Peranan internet pada masa kini kalau kita nak cerita memang sangat banyak, antara peranan utamanya adalah, mestilah untuk cari dan dapatkan maklumat kan,,??? tekan je google atau yahoo macam-macam perkara yang kita nak cari akan keluar. Cuma taip kata kuncinya saja,kita da dapat apa yang kita nak. Senang kan,,??? Bukan tu je, malah ia sangat menjimatkan masa untuk kita dapatkan suatu maklumat tu. Untuk pengetahuan korang, google dan yahoo adalah enjin carian terbesar dan digunakan oleh semua orang di seluruh dunia untuk dapatkan maklumat yang terkini.

Selain untuk dapatkan maklumat kita jugak boleh berhubung dengan kawan-kawan dengan guna internert je. Kalau dulu kita kena guna surat yang tak tahu sampai kepada pihak satu lagi tu bila, entah-entah tak sampai pun,, hahaha,,, tapi sekarang tak perlu da guna surat-surat ni, kita boleh guna e-mel je untuk kawan-kawan yang tinggal jauh daripada kita. Betapa besarnya pengaruh internet pada kita masa kini sampai kita boleh guna internet dan ianya jugak cepat dan pantas untuk tanya khabar orang yang duduk jauh hanya dengan mengadap komputer dan melayari internet je.

contoh yahoo mail bagi sapa-sapa yang tak pernah tengok,,huhuhu

Internet nu jugak bukan je untuk dapatkan maklumat, tapi kita jugak boleh sampaikan maklumat tau. Yelah,, kalau dah semua nak dapatkan maklumat tapi takde sape yang nak sampaikan macam mane nak dapatkan.. hihihi,, banyak cara kita boleh gunakan untuk kita sampaikan maklumat, sama ada guna laman web ataupun blog yang macam saya tengah buat ni,,hahaha,,,
 Selain tu jagak, kita boleh berforum dalam guna internet ni,, contonya dalam facebook, friendster, myspace dan banyak lagi la,, dengan forum ni dapat banyak maklumat dan boleh bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain.

Internet ni jugak adalah satu medium yang digunakan oleh kebanyakkan orang untuk bersosial dan berhubung dengan kawan-kawan.  Dengan berchatting, kita akan rasa dekat seseorang tu walaupun hakikatnya kawan kita tu jauh. Tapi perlu diingat bahawa kesan baik dan buruk dari penggunaan internet ni adalah terletak pada pengguna tu sendiri.

Banyak lagi fungsi dan peranan internet dalam kehidupan seharian kita,,  walaupun kita banyak dengar pasal keburukan internet, tapi kita tak boleh buang terus internet dari kehidupan kita pada hari ni. Sebab masa kini kita amat atau sangat bergantung kepada internet untuk dapatkan sesuatu maklumat. Kita hendaklah pandai untuk memanfaatkan internet pada diri kita sendiri,, segalanya terpulang kepada kita sendiri bagaimana kita nak guna internet, sebab terlalu banyak manfaat yang kita vboleh dapat kalau kita pandai menggunakannya.





No comments:

Post a Comment