Sunday 13 May 2012

tEknoLogI PeruBataN makiN PesaT,,

                                                                                                                                                                                                                                                                
Baru-baru ni kawan saya ada cerita pasal teknologi perubatan kat negara kita yang da semakin canggih sekarang,, bagi sapa-sapa yang tak berapa mengikuti teknologi perubatan kat Negara kita sendiri macam saya ni,,jom la baca blog saya ni kalau nak tau lebih lanjut lagi,,huhu

Kalau dulu, orang biasanya guna kaedah rawatan tradisional atau Islam je untuk ubatkan pesakit. Tapi sekarang bila teknologi da berkembang maju, bidang perubatan pun berubah,, kalau kita perhatikan betul-betul teknologi perubatan yang da semakin canggih ni banyak membantu para doctor dalam beri rawatan kepada pesakit. Bahkan bukan dapat bantu doktor je malah pesakit jugak, yang mana diorang siap boleh buat pilihan lagi nak guna kaedah yang mana satu,, bagus kan,,??? 


Bukan tu je, malah da ramai pesakit yang dapat sinar baru untuk terus hidup dengan gunakan teknologi baru ni. Teknologi moden ni  da bagi banyak sangat manfaat kepada pengguna tau,,tapi pandai-pandai kita la nak gunakan macam mana.
Kalau kita tengok dari bidang perubatan sendiri da banyak digunakan untuk mengubati pesakit. Dalam bidang perubatan, teknologi da banyak beri rawatan yang efektif dan cekap kepada pesakit. Contoh yang paling dekat ialah, sekarang kita menghadapi ramai pesakit kanser, tapi jangan risau sebab ramai pesakit kanser gunakan kaedah rawatan kimoterapi dan mereka sembuh. Ini adalah salah satu teknologi moden yang digunakan untuk rawat pesakit.


Bukan senang nak bina satu teknologi dalam perubatan ni,, mereka kena adakan penyelidikan satu demi satu untuk pastikan dapat penuhi keperluan semasa, dan yang penting tak mengancam nyawa pesakit. Itulah yang sangat di titik beratkan dalam perubatan, selain nak cungkil rahsia bagi sesuatu penyakit untuk mereka cari penawar nanti.

Untuk pengetahuan korang semua, teknologi radiologi adalah antara kemajuan teknologi yang banyak membantu dalam bidang perubatan ni,, korang tau tak pe radiologi tu,,??? Hehehe.. mesti tau kan,, selain tu jugak, kita ada sinar x dan radiografi,,yang mana kita boleh nampak apa yang ada dalam badan kita sendiri tau. selain tu jugak, kita ada MRI atau magnetic resonances Imaging, Computer Tomography, mata bionik, dan macam-macam lagi la.

Sepatutnya kita kena bangga sebab kita ada alat-alat yang canggih ni kat negara kita yang boleh tolong bagi sinar harapan kat pesaki-pesakit kat luar sana tu. Tambahan lagi sekarang teknologi semakin maju dan memberangsangkan da banyak ubah gaya hidup kita. Makin berkembang teknologi, makin berkembang jugaklah penyakit sekarang kat seluruh negara pun, keadaan ni berlaku bila orang sekarang da tak tumpukan dekat kesihatan diorang, tapi lebih kepada nak hidup senang je.


Kesimpulannya, kebanyakkan penyakit masa kini da banyak penawar, walaupu kita tau ada segelintir penyakit yang masih tak boleh nak diubati. Teknologi di bidang perubatan yang da banyak alami revolusi dan transformasi ni bukan je bagi banyak kebaikan kepada pesakit je,, malah kepada ekonomi negara kita jugak tau. Tapi kena ingat jugak, walaupun kita da ada teknologi perubatan yang canggih, tapi penjagaan kesihatan oleh semua orang adalah yang sangat penting bagi menjamin kehidupan yang lebih baik akan datang.





No comments:

Post a Comment