Sunday 13 May 2012

jaLan-JalaN cARi baNgunAn TeRtingGi kAt DuNia,,


Hai kawan-kawan,, korang tau tak apa bangunan yang tertinggi di dunia,,?? Ha ! tak tau la tu,,hehehe.
untuk kali ni saya nak kongsi dengan korang tentang bangunan paling tinggi di dunia,, nak tau baca la blog saya,,huhuhu.
Kalau kita perasan, dalam dunia baru sekarang semua negara berlumba-lumba untuk membina bangunan atau pencakar langit yang paling tinggi dunia, termasuklah negara kita sendiri. Mungkin sebab diorang nak tunjukkan yang negara diorang maju daripada negara lain.
Sekarang saya nak kongsi dengan korang semua 10 bangunan tertinggi kat dunia. Kita mula dengan nombor 10 dulu ok,,huhuhu,, 

10) Empire State Building, korang nak tau de orang panggil bangunan ni ‘si king kong’ bangunan ni ada 102 lantai dan tingginya 381 meter, bangunan ni terletak kat  New York. Bangunan ni dapat nama daripada New York- The Empire State, sekarang bangunan ni adalah pencakar langit yang ketiga tertinggi kat Amerika Syarikat lepas Tower Willis dan Trump International Hotel dan Tower kat Chicago, dan tertinggi 15 di dunia.
9) ha !,, tempat ke-9 jatuh kepada,,,,,hahaha,,mestilah Two International Finance Centre. Sapa-sapa nak tengok bangunan ni boleh la pergi Hong Kong, nama pun finance centre kan, so,, mestilah bangunan ni jadi pusat kewangan dan komersial terpadu kat Hong Kong,,fulamak !!! power kan,,huhuhu.



8) sekarang kita berada di Shanghai ye kawan-kawan untuk tengok bangunan yang tinggi kat sini,,,hehehe,, namanya Jin Mo Tower , dalam bangunan ni ada banyak syarikat-syarikat dan hotel Shanghai Grand Hyatt tau. Pernah pergi,,???hihihi,,nak tau apa yang canggih sangat kat bangunan ni,,??ha,,bangunan ni dibuat dengan guna system rekayasa iaitu teknik struktur yang canggih yang boleh tahan angin taufan dan gempa bumi sampai 7 skala richter tau.
7) hahaha,,sekarang kita jalan-jalan kat Guangzhou pulak ye,,hehe,, bangunan yang tinggi kat sini namanya Guangzhou International Finance Centre iaitu  440 meter, Wilkinson Eyre yang reka bangunan ni tau.



6) dulu nama banguna ni ialah, Sears Tower tapi sekarang da tukar jadi Willis Tower kat Chicago. Ketinggiannya ialah 442 meter dan jadi gedung tertinggi kat Amerika Syarikat.













5) “welcome to Malaysia”,,,hehehe,, sapa yang tak kenal menara ni baik korang pindah duduk Negara lain la. Lambang kemegahan kita sebagai rakyat Malaysia Petronas Tower atau lebih dikenali sebagai Menara Kembar Petronas atau KLCC. Ketinggian bangunan ni adalah 452 meter dengan 88 lantai. Ia merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia.

4) Taiwan 101 atau pernah jugak dipanggil Taipei World Financial Centre. Nak tau kenapa dipanggil Taipei 101,,?? Sebab dalam banguna ni ada 101 lantai,,hehe,,

3) dengan ketinggian 484 meter dan 118 lantai bangunan ni diberi nama International Commerce Centre kat Hong Kong. Bangunan ni siap pada tahun 2010,,baru lagi kan,,bangunan ni jugak adalah gedung pencakar langit tertinggi kat dunia.

2) ketinggian Shanghai World Financial Centre kat Shanghai adalah 492 meter,,,fuh !! tinggi betul,,boleh lenguh leher kalau nak tengok ketinggiannya,,hahahaha,, dalam bangunan ni ada syarikat, hotel, ruang, konferentasi, observasi dan pusat perbelanjaan,,jemput la dating,,hehehe.

1) tibalah saat yang ditunggu-tunggu,,sekarang saya nak tunjuk bangunan yang tertinggi di dunia. Jeng jeng jeng,,hahaha,, Burj Khalifa kat Dubai. Kalau korang nak tau, na Burj Khalifah tu sebenarnya nama arab, dan bahasa melayu ialah ‘Menara Khalifa’. Banguna ni siap dibina pada 2010, dan yang penting ada lif tercepat dengan kepantasan 60 km/ jam. Ha ! tak caya kan,,???tapi kena percaya jugak..

Kesimpulannya, inilah yang berlaku dalam dunia baru sekarang,,kita tak boleh tertinggal walau sedetik pun tentang maklumat-maklumat yang berlaku kat dunia ni,,






No comments:

Post a Comment