Tuesday 8 May 2012

gaDgEt oh GadgEt,,,,


Gadget ,,?? Pe tu,,??tipu lah korang tak tau,,hahaha

Ha !,,gadget ni ialah alat kecil macam  mesin yang ada fungsi-fungsi dia yang tertentu dan unik, serta  selalu dianggap sebagai baru..walaupun sebenarnya cuma ubah sikit je,,
Sebenarnya, "Gadget" ni lebih kepada program komputer yang sediakan macam-macam perkhidmatan dan kita tak perlu nak buat permohonan kalau nak guna, sebab kita memang boleh guna bila-bila masa je,, best kan,,???hehehe,,

Kalau kita tengok sekarang dah banyak sangat gadget, malah makin canggih pulak tu dari hari ke hari, sampai ada yang tak tau nak guna dah, sebab terlampau canggih sangat. Contohnya, macam i-phone, ipods, galaxy tabs, blackberry, smart phone, notebook, laptop, kamera dan banyak lagi la,, tak cukup pulak nak senaraikan semua kat sini,,huhuhu

Saya percaya semua orang ada gadget sendiri. Dan ada yang sanggup berhabis sampai berpuluh-puluh ribu ringgit sebab nak puaskan hati dengan gadget ni,,
Ha,, ni la contoh galaxy tabs. Canggih kan,,?? Besar pulak tu,,

Kalau kita perasaan gadget ni adalah satu benda yang  bagi  banyak kemudahan kat kita. Dengan adanya gadget,banyak kebaikan yang kita boleh dapat sebab ia banyak bantu kita buat kerja dengan cepat. Dan kita boleh jimat masa. 

Dah macam satu kewajipan pulak sekarang yang semua orang ada gadget, contohnya telefon umpamanya gadget ni macam berada di hujung jari kita je. Ceh !,,macam internet pulak,,hihihi,,tapi  boleh dikatakan sekarang gadget ni yang banyak tentukan  hidup kita arini tau,,, 
Contoh notebook,,,boleh pusing-pusing lagi screennya,,hihihi,,senang nak di bawa ke mana-mana je,,

kalau anada perasan la kan, sebenarnya, peralatan modenatau gadget ni banyak mengubah dunia, bukan dunia je tapi manusia sekali tau, kalau kita tanya  tak ada siapa pun yang nak balik ke zaman tak ada televisyenmesin basuh dan sudah tentu la tak ada orang yang balik masa zaman tak ada  telefon bimbit.,, semua tak nak kan,,elok-elok da senang nak susah balik pulak,,

Kita sendiri dah nampak betapa penting gadget sekarang,,kadang-kadang orang akan anggap yang sape ade gadget ni, dia akan nampak cool,, betul ke,???yekot,,hehe.

contoh MP3 sekarang,,

kalau kita tengok sekarang ni jugak, kita boleh dapatkan maklumat dan berhubung melalui gadget je,,. Tak perlu dah nak pergi mana-mana,,  contohnya telefon, dan laptop. Malah ada jugak antara kita yang berani letak maklumat peribadi kat dalam gadget,,, kalau hilang memang bahaya..bukan gadget tu yang bahaya,,tapi maklumat korang tu,,hahaha

Dalam banyak-banyak kebaikan, mesti ada keburukan jugak, contohnya kita jadi malas dan terlampau bergantung kepada gadget, macam saya cakap tadi, takde orang pon yang nak kembali ke zaman takdenya telefon, laptop, dan lain-lain. 

Kesimpulannya, kita boleh gunakan gadget , tapi kena berpada-pada la, dan jangan terlampau bergantung sangat kat gadget ni, yang penting jangan salah gunakan teknologi yang dah semakin canggih sekarang ni.,,untuk kebaikan kita jugak kan,,hihi,,





No comments:

Post a Comment