Tuesday 17 April 2012

orang kata "rumah ku syurga ku"…hehehe,, tapi rumah ke ni,,????

  
Rumah atau lebih dikenali dengan tempat tinggal adalah sebuah bangunan yang mempunyai pelbagai bentuk ruangan seperti dinding, bumbung, pintu, tingkap, lantai, bilik tidur, tandas, ruang tamu, dapur, dan lain-lain. Secara umumnya rumah yang dibina lebih berfungsi kepada konsep kemasyarakatan, iaitu untuk menjalinkan atau mengeratkan hubungan kekeluargaan, makan, tidur, berehat, dan untuk melakukan aktiviti yang lain.
Tapi tu dulu, sekarang zaman moden, kalau kita tengok reka bentuk rumah diaorang, kebanyakkan diaorang buat rumah bukan untuk dijadikan sebagai tempat tinggal je, tapi lebih kepada untuk menarik perhatian sampai ada yang da tak macam bentuk rumah contohnya,  diorang mereka bentuk rumah dengan pelbagai bentuk yang pelik-pelik. Bukan tu je, malah kadang-kadang  ada bentuk rumah yang kita sendiri tidak jangkakan dan tak pernah terfikir pun seperti, rumah terbalik, rumah kapal terbang, malah rumah dalam batu pun ada juga. Ish !pelikkan,,???tapi tu la yang kita boleh tengak zanman sekarang. Semuanya tak mustahil..hahaha

Korang ingat barang je yang boleh moden, rumah pun diaorang boleh modenkan tau. Tak caya,,???korang boleh tengaok sendiri kat dibawah ni:

Rumah terbalik..pandai-pandai la korang cari mana pintunya..hahaha
Ambik kau,,!!! Teko pun boleh jadi rumah tau,,huhu

Kalau kita tengok, sebenarnya reka bentuk rumah yang pelik-pelik ni adalah sesuatu yang kreatif, sebab orang lain tak terfikir pun nak buat rumah macam tu. Dan bukan senang diorang nak bina, kena fikir juga kekukuhan rumah tu, dan tak semua orang berani reka bentuk rumah yang pelik-pelik ni. Kebanyakkan kita tengok rumah-rumah macam ni cuma ada kat luar negara je kan,,bila nak ada kat Malaysia ni..??

Rumah kasut..ni dia kasut gergasi,,huhu
Wah !! alat muzik pun boleh dijadikan salah satu reka bentuk rumah tau..

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang nak cuba bina rumah yang pelik-pelik ni, dipersilakan bina. Rasanya kat Malaysia ni belum ada yang bina lagi, mungkin anda akan jadi orang yang pertama bina rumah pelik ni kat Malaysia,,huhuhu..



No comments:

Post a Comment