Sunday 13 May 2012

Di eRa GlobAlisaSi,,,,

Biasanya kita akan kaitkan globalisasi dengan perkembangan teknologi komunikasi, maklumat, atau kenderaan. Tapi kita semua tak tahu yang sebenarnya globalisasi ni dah bawak banyak perubahan terhadap perilaku dalam kehidupan masyarakat di sekeliling kita dalam macam-macam hal,,,

Contohnya, gaya hidup, komunikasi, perjalanan, makanan jugak, pakaian, dan banyak lagi la,,,, anda perasaan,,???mungkin ada dikalangan kita yang tak perasaan,, yela buat apa nak sibuk dengan hal orang lain kan,,???huhuhu.

Era globalisasi ni banyak pengaruh kita dalam kehidupan kita seharian, tak kisah sama ada positif atau negatif,,, kalau kita yang negatifnya, mereka lebih banyak suka tengok tv berbanding dengan keluar rumah untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling. Dan contoh yang positif, kita boleh tengok sekarang orang ramai sedang berkejar-kejar untuk jadi yang terbaik dan kaya,, bagi mereka masa tu macam duit, kena sentiasa cepat dan pantas untuk bersaing dengan orang lain.

wah !kalau la orang nampak masa tu duit,,mesti diorang sanggup tak tidur kan,,???hihihi.

Kalau dari pengankutan pulak,,sekarang tak jadi masalah lagi untuk  kita semua nak pergi tempat jauh,, sebab pelbagai pengankutan ada yang kita boleh pilih je nak guna yang mana,, kat udara,,?? Dalam air,,?? Atas air,,??? Atas jalan,,?? Pilih je,,,tapi dalam kita sedar atau tak, pengangkutan di era globalisasi ni telah menyumbangkan kesesakkan lalu lintas, sebab semua orang nak guna kenderaan masing-masing,, bukan tu je,, malah sebabkan jugak pencemaran udara tau. Tong la kongsi kenderaan kalau nak pergi destinasi yang sama tu, kan jimat minyak jugak,,betul,,??hehehehe. 

amboi,, penuh betul tempat letak kereta ni,,, huhuhu

Bila sebut je era globalisasi memang tak sah kalau kita tak kaitkan dengan komunikasi,, sebab komunikasi ni sangat penting untuk kita dan ia berlaku setiap saat dalam kehidupan seharian kita sendiri. Dan komunikasi biasa kita akan kaitkan dengan penggunaan telefon bimbit, yang mana saya yakin semua orang ada telefon bimbit,,, tak kisah la canggih atau tak canggih. Sebab tujuan diorang untuk satu je berkomunikasi dengan orang lain, tanpa perlu jumpa orang tu secara berdepan,, confirm memang jimatkan masa dan tenaga kita,,betul,,,???hihihi.

Bukan tu je,,,pakaian juga ada globalisasinya,, biasa kita sebut fesyen,, huhuhu,, yang sekarang kita paling nampak adalah fesyen tudung bagi kaum wanita la,,, bak kata orang “macam-macam ada”,,,huhuhu,, ada tudung yang boleh pakai sarung je,, ada jugak yang kena belit-belit,,jangan terbelit da la,,hahaha,, dan macam-macam lagi la,,,
 
contoh fesyen tudung yang jadi ikutan remaja sekarang,,

Ha ! yang ni mesti korang suka,,hihihi,,globalisasi makanan,,,,hahahaha,,suka tak,,???suka kan,,??? Hihihi,, nak tau makanan apa yang globalisasi sangat,,?? Contohnya, Mc Donald, pizza Hut, Spagetti, KFC, dan banyak lagi la,, alamak ! lapar la pulak,,hehehe,,

wah ! sedapnya,,,,huhuhu.

Sebagai kesimpulannya, sebenarnya globalisasi ni sangat memberi  kesan kepada kita, tak kisah baik atau buruk,,semua tu bergantung kat diri kita sendiri. Kita kena pandai-pandai la dalam tangani semua faktor di era globalisasi ni,,jangan dengan kita sekali terglobalisasi sudah,,hahahaha,,

No comments:

Post a Comment